Monday, April 19, 2010

bola jaring?



bola jaring?pernahkah anda sebagai lelaki terdetik walaupun sedikit di hati anda untuk bermain permainan perempuan.mungkin bagi sesetengah lelaki berkata pondan atau pun bapok.tetapi bagi yang berfikiran terbuka ia sebagai satu cabang untuk mencuba permainan baru bagi mereka.ceritanya apabila kelas kami mendapat satu borang yang tertulis bola jaring untuk lelaki.

din:jat,apa kata kita masuk tournament ni.mcm seronok je
ezat:pertandingan apa ni?
din:bola jaring lah gila
ezat:ouh,ye lah.agak seronok pula kalau main benda alah ni.
pika:ha'ah lah,kita masuk jelah.mana tahu ada luck kita kan.siapa tahu kan?
ezat&din:okay,kita masuk jelah.

setelah agak lama memikirkan siapa yang mahu main lalu kami mendaftar kan diri didalam borang tersebut.setelah tiba pada tarikh yang ditetapkan kami seramai 10 orang ditambah pula sokongan kelas kami.kami pun bermain lah permainan ini.pada mulanya kami susah untuk menyesuaikan diri bermain permainan perempuan ini.tetapi dengan semangat yang tak berapa nak kental kami meneruskan juga.akhirnya kami mendapat naib johan didalam pertandingan itu.mcm tak percaya bukan,tetapi itulah kenyataan.berasa amat bangga dan angkuh juga kerana semua semester 1 tidak dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya.hanya kelas kami dapat melayakkan diri.berikut adalah sedikit sebanyak gambar yang sempat ditangkap oleh handphone kami:








1 comment: