Monday, April 19, 2010

DIRINYA...

MUHAMMAD IZZAT BIN SAMSUDIN

kenapa namanya diberi muhammad izzat?kerana izzat itu bersifat keagungan terpuji.kata mak aku kapada bapaku.itulah yang diungkapkan ketika dirinya baru sahaja keluar dari perut ibunya.walau pun dirinya bersifat keagungan tetapi sedikit sebanyak sifat itu pun tiada di dalam dirinya.hanya megah pada nama.mengapakah terjadinya begitu?dirinya sendiri pun tidak dapat mengenal pasti jawapan walaupun sudah megah berdiri selama 19 tahun dipentas dunia ini yang banyak dugaan dan pancaroba dan ditambah pula hasutan syaitan yang tarikan nya amat kuat.dirinya membuat ruangan seperti ini bukan lah untuk dirinya bermegah-megah dimata masyarakat dunia.hanya untuk keseronokan diri dan meluahkan isi hati yang selama ini telah terbenam didalam lubuk hati.dirinya mungkin mempunyai cita-cita tetapi disekat atau dihalang oleh anasir luar.disebabkan oleh itu dirinya terpaksa membiarkan cita-cita yang ada didalam hatinya dibuang jauh kedalam dasar laut.ketulusan hati memberitahu bahawa dirinya tidak tahu apa yang dicari-cari selama ini didalam hidup.moga cahaya lailatul dapat membuka hatinya.aminnn

1 comment: